Program Wanita Istimewa: Nadi Berjasa dicipta khas buat wanita yang pernah merasa…
✔️ letih memainkan peranan dan tugasnya tanpa henti,
✔️ penat memendam emosi sendiri,
✔️ dan kini ingin bangkit semula dengan lebih tenang, jelas dan yakin.
Apa yang istimewa dengan program kami?
Ini bukan seminar biasa. Ini adalah ruang selamat dan selesa untuk anda kembali menyentuh dan merawat hati sendiri.
Program ini menggabungkan elemen:
-
Healing emosi dan jiwa,
-
Aktiviti refleksi & analisa kendiri,
-
Seni komunikasi diri & penghargaan diri,
-
Pujukan rohani yang menguatkan kembali hubungan dengan Ilahi.
Dalam program ini, anda tak perlu berpura-pura kuat. Apa yang perlu anda buat ialah cuma hadir dan izinkan diri anda kembali disayangi, difahami dan dihargai.
Kenapa wanita perlu program ini?
Kerana ramai wanita sedang:
Berperanan terlalu banyak dalam satu-satu masa seperti bertanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, pekerja, pengurus rumahtangg dan lain-lain.
Kehilangan ruang untuk diri sendiri. Sentiasa ingin memberi sehingga lupa untuk belajar menerima.
Letih dengan ‘standard’ yang dicipta media social atau masyarakat seperti mesti jadi wanita cantik, berjaya, sabar, kuat sepanjang masa!
Tersepit antara tanggungjawab dan impian. Hasrat ingin ke depan, tapi sangat takut disalah erti.
Dan…
Ramai wanita rasa sunyi walaupun dikelilingi orang.
Rasa tidak difahami. Tidak dihargai. Tidak cukup.
Di sini, anda akan...



Mengenali semula diri anda melalui aktiviti analisa kendiri
Menyembuhkan luka hati dengan pendekatan Life Line & Terapi Emosi NLP
Mempelajari seni menghargai diri sendiri tanpa rasa bersalah


Membangunkan kekuatan dalaman melalui modul “Kenapa Wanita Itu Istimewa”
Kembali menyambung hubungan dengan Tuhan melalui sesi pujukan jiwa & spiritual
Untuk siapa program ini?
-
Untuk wanita yang sedang letih menahan air mata di sebalik senyuman
-
Untuk wanita yang ingin kembali mengenal siapa dirinya tanpa topeng peranan
-
Untuk wanita yang sudah penat jadi sempurna di mata orang, tapi kosong di dalam
-
Untuk wanita yang mahu memilih semula dirinya dengan kasih, bukan dengan kemarahan

Anda adalah nadi yang berjaya
Walau tiada sesiapa nampak, anda tetap wanita luar biasa.
Program ini bukan untuk menjadikan anda sempurna,
tetapi untuk membantu anda menemui semula nilai dan keistimewaan diri dengan cara yang paling jujur dan membahagiakan.





